Mengenal Empat Imam Mazhab

  • 08 November, 2017  13:18:10 

  • 4. IMAM AHMAD BIN HANBAL
    Namanya ialah Abu `Abdi Llah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin `Abdi Llah bin Hayyan bin `Abdi llah bin Anas bin `Awf bin Qasit bin Mazin Ibnu Syayban bin Zahl bin Sa`labah bin `Ukabah bin Su`b, bin `Aliy bin Bakv Wa’il bin Qasit bin Wahb bin Afsiy Asy-Syaybaniy Al-Muruziy Az-Zahliy Al- Baghdadiy. Beliau lahir di kota Baghdad pada bulan rabi’ul Awwal tahun 164 H (780 M), pada masa Khalifah Muhammad al Mahdi dari Bani abbasiyyah ke III. Nasab Imam Ahmad kembali kepada Bani Syayban dan ia ialah suatu qabilah daripada Bani Rabi`ah `Adnaniyyah yang bertemu nasabnya dengan Nabi pada Nizar bin Ma`d bin `Adnan. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau masih berusia tiga tahun. Ibunya bernama Safiyyah binti Maymunah binti `Abdu l-Malik Asy-Syaybaniy. Beliau wafat pada 12 Rabi’ul Awwal 241 H (855). Pada hari itu tidak kurang dari 130.000 Muslimin yang hendak menshalatkannya dan 10.000 orang Yahudi dan Nashrani yang masuk Islam.

    Baca juga :  Mathla'ul Anwar conveys commitment to plurality, education

    Imam Ahmad adalah seorang yang miskin. Beliau terpaksa mengambil upah menjual kain dan membawa barang-barang di jalan untuk menyara hidup. Beliau sangat mementingkan pendapatan yang halal, justeru beliau tidak menerima hadiah atau pemberian tanpa membuat kerja. Beliau sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Beliau seorang yang pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemunkaran. Beliau juga tidak sombong atau bongkak. Beliau mengasihi seseorang karena Allah. Beliau bergaul dengan faqir miskin dan selalu memberi bantuan kepada mereka.

    Imam Ahmad menghafal Al-Qur’an dan mempelajari bahasa `Arab. Beliau pergi mengembara ke beberapa buah negeri untuk belajar seperti Kufah, Basrah, Syam dan Yaman. Beliau mula belajar hadis ketika berumur 16 tahun. Beliau menuntut ilmu dari banyak guru yang terkenal dan ahli di bidangnya. Misalnya dari kalangan ahli hadits adalah Yahya bin Sa’id al Qathan, Abdurrahman bin Mahdi, Yazid bin Harun, sufyan bin Uyainah dan Abu Dawud ath Thayalisi. Dari kalangan ahli fiqh adalah Waki’ bin Jarah, Muhammad bin Idris asy Syafi’i dan Abu Yusuf (sahabat Abu Hanifah ) dll. dalam ilmu hadits, beliau mampu menghafal sejuta hadits bersama sanad dan hal ikhwal perawinya.

    Baca juga :  Organisasi Gema MA Gelar Pelatihan Kader di Tangsel

    Salah satu karya besar beliau adalah Al Musnad yang memuat empat puluh ribu hadits. Disamping beliau mengatakannya sebagai kumpulan hadits-hadits shahih dan layak dijadikan hujjah, karya tersebut juga mendapat pengakuan yang hebat dari para ahli hadits. Selain al Musnad karya beliau yang lain adalah : Tafsir al Qur’an, An Nasikh wa al Mansukh, Al Muqaddam wa Al Muakhar fi al Qur’an, Jawabat al Qur’an, At Tarih, Al Manasik Al Kabir, Al Manasik Ash Shaghir, Tha’atu Rasul, Al ‘Ilal, Al Wara’ dan Ash Shalah.

    Beliau sangat benci dan menentang fatwa terhadap suatu masalah yang tidak asa nash atau keterangan ulama terdahulu di dalamnya. Kekerasan beliau nampak dalam keyakinannya bahwa dalam kejadian harus ada nash atau atsarnya. Para sahabatnya terfokus pada upaya mengkaji berbagai pendapat beliau yang tercantum dalam fatwa-fatwanya. Antara `ulama’ yang terkenal yang menyebarkan mazhabnya ialah Abu Bakr bin Hani’, Abu Qasim Al-Kharqiy, Muwaffiqu d-Din bin Qudamah, Syamsu d-Din bin Qudamah Al-Maqdisiy, dan Taqiyyuddin Ahmad bin Taymiyyah. Mazhabnya tersebar ke Mesir, Iraq, Syria, Hijaz dan Najd. (allahua’alam)

    Baca juga :  UNMA Banten Wisuda 529 Mahasiswa

     

    1,886 total views, 22 views today

    Please follow and like us:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial